PUTRAJAYA: Jumlah kes demam denggi meningkat 10 kes atau 0.4 peratus kepada 2,272 kes pada Minggu Epidemiologi ke-43 (ME43) iaitu bagi tempoh 22 Okt hingga 28 Okt, berbanding 2,262 kes yang dilaporkan pada minggu sebelumnya.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan dalam kenyataan hari ini berkata tiada kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada ME43.
Beliau berkata kumulatif kes demam denggi yang dicatatkan setakat ini adalah sebanyak 98,715 kes berbanding 49,569 kes bagi tempoh sama tahun lepas iaitu peningkatan sebanyak 49,146 kes atau 99.1 peratus.
"Sejumlah 73 kematian akibat komplikasi demam denggi telah dilaporkan berbanding 33 kematian bagi tempoh sama tahun lepas," katanya.
Bilangan lokaliti hotspot pula menurun kepada 68 lokaliti berbanding 73 lokaliti pada minggu sebelumnya, dengan 49 lokaliti di Selangor, sembilan di Kuala Lumpur dan Putrajaya, enam di Perak dan masing-masing satu di Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Pahang dan Sarawak.
Mengenai survelan chikungunya, Dr Muhammad Radzi berkata sebanyak empat kes chikungunya direkodkan pada ME43, menjadikan jumlah kumulatif kes chikungunya sehingga kini 181 kes.
Bagi survelan zika, sebanyak 2,982 sampel darah dan 301 sampel urin telah dijalankan saringan zika dan hasil kesemuanya adalah negatif, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 03 2023
Tiada kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada ME43 di Malaysia. - Gambar hiasan
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.
Man City rangkul kejuaraan kali keempat berturut-turut, atasi pencapaian Man United
Kejayaan terbaru City hadir apabila mereka mengatasi West Ham 3-1 pada hari terakhir.
Sharul Aimy cipta sejarah, rangkul pingat sulung negara pada kejohanan Asia
Atlet berusia 22 tahun itu menyambar gangsa acara melombol dengan mencatatkan 14.466 mata di belakang Carlos Yulo dan Abdulaziz Mirvaliev.
KKDW peruntuk RM1.5 bil dalam RMK12 untuk pembangunan luar bandar Sarawak
Ia bagi memudahkan pelaksanaan pelbagai upaya bagi mencipta masyarakat luar bandar yang kompetitif dan meningkatkan kualiti hidup mereka.
Koperasi dinasihat jangan amal konsep Ali Baba - Saarani
Katanya, tindakan berkenaan bukan hanya merugikan, bahkan ia tidak memberi nilai tambah bagi kemajuan dan pembangunan koperasi tersebut.
Melaka bakal bina litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa
Melaka akan membina sebuah litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa di atas tapak berkeluasan sehektar berhampiran Pantai Tanjung Bidara di sini, bermula November depan.
RUU Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentang hujung tahun ini
Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentangkan pada sidang Parlimen selewat-lewatnya hujung tahun ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Kaedah nyamuk berwolbachia atasi masalah kes denggi di N.Sembilan
Kumulatif kes denggi di Negeri Sembilan merekodkan peningkatan kepada 2,824 kes hingga Minggu Epidemiologi ke-17 (ME17) tahun ini berbanding 1,032 kes bagi tempoh yang sama tahun lepas.
2 lagi kes kematian akibat denggi di Johor
Dua kematian akibat denggi dilaporkan di Johor pada Minggu Epid 10/2024 menjadikan jumlah kematian sebanyak tujuh kes dan 1,420 kes denggi dikesan menjadikan kumulatif 3,764 kes.
Kes denggi menurun, empat kematian dilaporkan
Jumlah kes demam denggi menurun kepada 3,483 kes pada Minggu Epidemiologi ke-7 (ME07) 2024 iaitu bagi tempoh 11 Feb hingga 17 Feb lepas.
Kes denggi menurun pada ME06, satu kematian dilaporkan
Jumlah kes demam denggi menurun kepada 3,631 pada Minggu Epidemiologi ke-06 (ME06) 2024 dengan satu kematian dilaporkan.
Kes denggi menurun pada ME04, tujuh kematian dilaporkan
Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan hingga ME04 ialah sebanyak 14,458 kes berbanding 8,968 kes bagi tempoh sama tahun lepas.
Kes denggi hingga 16 Dis lepas meningkat 89.3 peratus - KP Kesihatan
Jumlah kumulatif kes denggi pada tahun ini hingga 16 Dis lepas meningkat sebanyak 89.3 peratus iaitu 117,505 kes berbanding 62,060 kes pada 2022.
Kes denggi meningkat di Malaysia
Jumlah kes demam denggi meningkat 10 kes atau 0.4 peratus kepada 2,272 kes pada Minggu Epidemiologi ke-43 (ME43) iaitu bagi tempoh 22 Okt hingga 28 Okt.
Jumlah kumulatif kes denggi di Perak meningkat lebih 200 peratus
Jumlah kumulatif demam denggi di Perak meningkat sebanyak 2,762 kes sepanjang sembilan bulan pertama tahun ini berbanding 851 kes bagi tempoh sama tahun lepas.
Kes denggi di Kelantan meningkat 225 peratus - Dr Zaini
Sebanyak 1,514 kes demam denggi dicatatkan di Kelantan bermula Januari hingga 12 Ogos tahun ini, iaitu peningkatan 225 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.
Kes denggi meningkat 4.7 peratus, dua kematian dilapor
Jumlah kes demam denggi meningkat 4.7 peratus kepada 2,542 kes pada Minggu Epidemiologi ke-31 (ME31) iaitu bagi tempoh 30 Julai hingga 5 Ogos, berbanding 2,427 kes dilaporkan pada minggu sebelumnya.